Tuesday, 21 June 2011

Sejarah Negeri Sarawak

Sejarah purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Kurun-10 hingga kurun 19

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han

Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasyim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthony Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

Sejarah moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. [1]

Anti- Cession Sarawak (The Straits Times, 31 August 1950, Page 5) dlm National Library Singapore.


http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19500831.2.64.aspx


http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Sarawak

Facebook|Sejarah Sarawak


No comments:

Post a Comment

Post a Comment