Tuesday 21 June 2011

Sejarah Miri

Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dangas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri padaabad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.

Miri-sarawak.JPG

Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei Darussalam. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 250 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh Kedayan dan lain-lain lagi.

Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.
Antara tempat yang menarik di Miri ialah Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu dan Taman Buaya

Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak


Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak (ataupun nama asalnya dalam Bahasa Inggeris, Curtin University of Technology, Sarawak Campus) adalah kampus cawangan yang pertama ditubuhkan oleh Curtin University of Technology, Western Australia di luar negaraAustralia. Kampus ini dibuka pada tahun 1999 secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Kampus ini dibina di tapak berkeluasan 4,000 ekar, dengan sebuah tasik buatan manusia yang besar. Kampus ini telah menjadi tempat pengajian tinggi untuk pelajar tempatan dan antarabangsa.

No comments:

Post a Comment