Friday 15 July 2011

PESTA KUCHING 2011



Acara Pesta Kuching 2011 bakal membuka tirainya hujung minggu ini menerusi perlawanan akhir Piala Bola Sepak Remaja Datuk Bandar.
Sambutan acara ini akan berlangsung selama dua bulan dan berakhir pada 16 September depan iaitu pada Hari Malaysia.
Penganjur bagi Pesta Kuching 2011 adalah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan berkata, sebahagian daripada aktiviti telah diatur semula untuk diadakan pada dan selepas bulan Ogos memandangkan ia jatuh pada bulan Ramadan.
Kuching telah menerima status bandar raya pada 1 Ogos 1988.
Sambutan kemuncak untuk Hari Bandaraya Kuching Ke-23 akan diadakan di Arena DBKU pada 1 Ogos.
“Salah satu aktiviti utama anjuran DBKU ialah Pertunjukan Orkid Antarabangsa bermula pada 26 hingga 31 Julai ini di Taman Orkid.
“Peserta terdiri daripada pelbagai negara antaranya, Indonesia, Singapura, Taiwan, Thailand, Malaysia, Myanmar, Filipina, Jepun, Brunei, Hong Kong dan Papua New Guinea,” katanya dalam sidang media semalam.
Taman Orkid akan dibuka kepada orang awam bermula 29 hingga 31 Julai bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, tambahnya.
Tambahnya, sekurang-kurangnya lima pertandingan akan diadakan sempena pertunjukan itu antaranya, pertandingan landskap orkid, orkid individu, pengurusan flora, pertandingan mewarna orkid dan pakaian beragam.
Aktiviti lain termasuk pesta bergendang, pertandingan lagu patriotik, festival buah-buahan, regata mini serta pertandingan berbasikal Bukit Siol selepas bulan Ogos.
“Sempena bulan Ramadan, DBKU akan mengadakan Bazar Ramadan di tiga kawasan iaitu Satok, Sukma Ria dan Semarak,” ujarnya.
Sementara itu, MBKS turut akan tampil dengan pelbagai aktiviti bermula dengan Festival Fair, muzik dan seni termasuk festival sukan, kata kaunselornya Mohamad Taufik Abdul Ghani.
“Tema yang akan ditonjolkan pada tahun ini ialah belia dan peranannya dalam pembangunan bandar
 

No comments:

Post a Comment