Saturday 16 July 2011

AIZAT BORNEO TOUR





Aizat Amdan ... buat konsert kat Sarawak .. juga kat Sabah .. Aizat yang mula dikenali melalui rancangan Akademi Fantasia , kini telah di kategorikan sebagai penyanyi muda yang berjaya dalam bidangnya. Dengan beberapa lagu yang menjadi siulan anak anak muda seperti Sungai Lui, Lagu Kita, Cintai diriku .. dan ada banyak lagi.
Konsert yang di adakan di Stadium Perpaduan, Kuching ini adalah anjuran Kasigegar Entertainment dengan kerjasama Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia bertujuan mengutip dana kebajikan Tabung Taman Harapan bagi membiayai pembangunan Taman Harapan.

Walaupun agak gusar dengan sambutan peminatnya di Kuching namun Aizat mengharap kehadiran 5000 orang untuk memenuhi ruang stadium tersebut. Jom, warga Kuching .. jadikan impian Aizat satu kenyataan dan biarkan lebih ramai lagi artis artis lain menjejaki langkah Aizat dengan mengadakan lebih kerap konsert di sini.


Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai. 1000 pembeli tiket pertama akan di tempatkan di zone khas 'Rock Zone'.

Borneo Tour Aizat akan diteruskan di Penampang, Kota Kinabalu. Manakala , Kumpulan Project Pistol yang juga telah berjaya dengan Kosert Borneo Tour mereka di Sabah telah menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan Borneo Tour mereka di beberapa bandar utama Sarawak termasuk Sibu, Bintulu dan Miri setelah yang telah mengadakan pesembahan di Merdeka palace, Kuching 2 Julai yang lalu.

No comments:

Post a Comment