Blog ini tidak terhad utk sejarah2 Sarawak masa lampau sahaja. Sejarah2 terkini, peristiwa2 penting, perayaan2 penduduk tempatan, pesta2 serta apa2 saja yg menarik ttg Sarawak pada pandangan saya di Negeri Sarawak.
Showing posts with label raja putih sarawak. Show all posts
Showing posts with label raja putih sarawak. Show all posts
Saturday, 16 July 2011
AIZAT BORNEO TOUR
Aizat Amdan ... buat konsert kat Sarawak .. juga kat Sabah .. Aizat yang mula dikenali melalui rancangan Akademi Fantasia , kini telah di kategorikan sebagai penyanyi muda yang berjaya dalam bidangnya. Dengan beberapa lagu yang menjadi siulan anak anak muda seperti Sungai Lui, Lagu Kita, Cintai diriku .. dan ada banyak lagi.
Konsert yang di adakan di Stadium Perpaduan, Kuching ini adalah anjuran Kasigegar Entertainment dengan kerjasama Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia bertujuan mengutip dana kebajikan Tabung Taman Harapan bagi membiayai pembangunan Taman Harapan.
Walaupun agak gusar dengan sambutan peminatnya di Kuching namun Aizat mengharap kehadiran 5000 orang untuk memenuhi ruang stadium tersebut. Jom, warga Kuching .. jadikan impian Aizat satu kenyataan dan biarkan lebih ramai lagi artis artis lain menjejaki langkah Aizat dengan mengadakan lebih kerap konsert di sini.
Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai. 1000 pembeli tiket pertama akan di tempatkan di zone khas 'Rock Zone'.
Borneo Tour Aizat akan diteruskan di Penampang, Kota Kinabalu. Manakala , Kumpulan Project Pistol yang juga telah berjaya dengan Kosert Borneo Tour mereka di Sabah telah menyatakan hasrat mereka untuk meneruskan Borneo Tour mereka di beberapa bandar utama Sarawak termasuk Sibu, Bintulu dan Miri setelah yang telah mengadakan pesembahan di Merdeka palace, Kuching 2 Julai yang lalu.
Wednesday, 22 June 2011
Masyarakat Iban
![]() |
| Pahlawan Iban |
Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sostem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.
Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh “Tuai Burung” yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh “Tuai Rumah” sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka “Lemambang” akan melakukannya dengan melagukan “pengap”. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka “Manang” akan melakukannya untuk pengubatan.
Dalam konsep masyarakat Iban, “Raja Entala” merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama “adat”. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat.
Untuk memulakan kehidupan bertani maka “Tuai Burung” akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, “Manang” (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.
Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap “adat” terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian.
Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya.
Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.
Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk “Tuai Burung”, “Tuai Rumah”. “Lemambang” dan mungkin “Manang”. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap “antu” atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan “pengap” atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.
Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang yang berat.
![]() | |
| Kanang ak Langkau - Pahlawan Iban |
Tuesday, 21 June 2011
Sejarah Sarawak Part 2
PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK
Sarawak diserah kepada British
Sarawak selepas kekalahan Jepun
Sebab Sarawak diserahkan kpd kerajaan British
Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak
Penentangan dan reaksi British
Langkah berkerajaan sendiri di Sarawak
Penubuhan Parti politik di Sarawak
Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Terdiri daripada
Parti Perikatan hadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.
Facebook|Sejarah Sarawak
Sarawak diserah kepada British
- Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak.
- Tidak dapat dilaksanakan krn Jepun serang Sarawak.
Sarawak selepas kekalahan Jepun
- British memperkenalkan Pentadbiran Tentera
- Kembalikan ketenteraman & pemulihan ekonomi
- Sarawak di bawah Pentadbiran Tentera British sehingga 1 Julai 1946.
Sebab Sarawak diserahkan kpd kerajaan British
- British berusaha ambil pentadbiran Sarawak
- Charles Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
- Faktor Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British adalh kerana desakan daripada Kerajan British menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka lebih terjamin.
- Charles tidak dapat mentadbir kerana umurnya sudah lanjut. Belaiu juga sudah lanjut usia dah uzur serta tiada waris untuk menggantikannya.
- Masalah kewangan kerana kemusnahan akibat peperangan. Charles Vyner Brooke sudah tidak mempunyai sumber kewangan untuk membangunkan semula neger Sarawak selepas peperangan.
- Rundingan Charles Vyner Brooke dengan British - persetujuan serahkan Sarawak kepada British.
- Charles Vyner Brooke menghantar wakilnya, Gerard T.MacBryan untuk dapatkan tandatangan daripada ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.
- Gerard T.MacBryan guna tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.
- Charles isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi Sarawak serahkan Sarawak kpd British.
- Pengumuman mendapat bantahan Melayu & Iban.
- Pejabat Tanah Jajahan minta Charles Vyner Brooke mendapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi.
- Charles Vyner Brooke merujuk perkara tersebut kepada Majlis Negeri.
- Majlis Negeri meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong penyerahan dan 16 undi menentang.
- Usul penyerahan Sarawak - disokong oleh ahli bukan bumiputera.
- Pada 1 Julai 1946, Britishisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British.
- Sir Charles Arden Clarke - Gabenor British pertama di Sarawak.
Gerakan Antipenyerahan Sarawak
- Penyerahan Sarawak kepada British dibantah oleh orang Melayu dan Iban.
- Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah (ketua datu-datu masyarakatMelayu dan kaum Melayu terpelajar)
- Bantahan tersebut disertai oleh, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak
- Perlembagaan 1941
- Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak.
- Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kpd British.
- Tipu Muslihat
- Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.
- Anthony Brooke Tidak Dilantik
- Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan sebg Raja Sarawak yg baru.
- Dengan memulihkan pemerintahan Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.
Penentangan dan reaksi British
- Glongan antipenyerahan hantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British.
- British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
- Setiap kampung dikerah buat poster dan sepanduk.
- Kaum wanita terlibat dalam demonstrasi menentang penyerahan.
- Kaum ibu PKMS pimpinan Cikgu Lily Eberwein ke kawasan pedalaman utk dapatkan sokongan Iban.
- Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Abol - mewakili kaum ibu BPM menentang penyerahan Sarawak
- British mendapati gol. antipenyerahan Sarawak terdiri drp kalangan kakitangan kerajaan khususnya guru Melayu.
- British mengeluarkan notis Pekeliling No.9.
- Pekeliling No.9 memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan antipenyerahan.
- Pekeliling menambahkan kemarahan terhadap pihak British.
- Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan. Kemasukan beramai-ramai bukan bumiputera dan org Inggeris dalam pentadbiran Kerajaan.
- Sebilangan besar terdiri daripada guru Melayu.
- Tindakan itu menyebabkan 22 sekolah kerajaan terpaksa ditutup.
- Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka
- Tunjuk perasaan terbesar di Kuching - membantah perlantikan Gabenor Sarawak
- Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan (dihadiri 250 perwakilan bumiputera dari seluruh cawangan BPM)
- British menganggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara.
- British giatkan usaha melemahkan gerakan antipenyerahan dgn memecahbelahkan perpaduan kaum.
- British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA).
- YMA sokong penyerahan Sarawak kpd British.
- YMA ambil ahli baru drp golongan antipenyerahan.
- British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak bertelagah.
- British memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak.
- Gerakan antipenyerahan semakin lemah akibat propaganda British.
- Golongan muda dalam BPM Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Rukun Tiga Belas.
- Kumpulan Rukun Tiga Belas dianggotai ahli BPM yang radikal.
- Mereka bersumpah menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
- Rosli Dhobi menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros.
- Pada 1949, Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart mengadakan lawatan rasmi ke Sibu.
- Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart
- Peristiwa pembunuhan Duncan Stewart memberi kesempatan kepada British untuk guna kekerasan
- Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
- Anggota Rukun Tiga Belas yang lain dijatuhi hukuman penjara.
- British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
- British melumpuhkan gerakan antipenyerahan.
- British jadikan Sarawak tanah jajahannya sehingga tahun 1963.
Langkah berkerajaan sendiri di Sarawak
- Tahun 1946;
- Pentadbiran Sarawak disusun semula
- Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
- Setiap bahagian diketuai seorang Residen.
- Setiap bahagian dibahagikan kpd beberapa daerah.
- Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.
- Tahun 1947
- British membentuk Majlis Termpatan. Memberi peluang kepada ahli-ahli yang dilantik mengambil bahagian dlm pentadbiran tempatan.
- Fungsi Majlis Tempatan menguruskan pelajaran rendah, bekalan air, jalan raya, kesihatan kawal perbelanjaan di kawasan yang dipertanggungjawabkan kutip cukai kepala & cukai lain.
- Tahun 1956;
- Pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.
- Pindaan perlembagan berkuatkuasa pd April 1957.
- Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah menjadi 10 orang ahli .
Penubuhan Parti politik di Sarawak
- Parti Negara Sarawak (PANAS)
- Pengasas- Datu Patinggi Abang Haji Mustapha.
- Wujudkan keharmonian di kal semua kaum
- Tuntut pendidikan percuma bg sekolah rendah.
- Pertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial bumiputera.
- Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
- Pengasas - Ong Kee Hui dan Stephen Young.
- Wujudkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan rakyat Sarawak.
- Menyatupadukan kaum di Sarawak
- Persatuan Cina Sarawak (SCA)
- Pengasas - William Tan.
- Perpaduan orang Cina
- Parti Kebangsan Sarawak (SNAP)
- Pengasas - Stephen Kalong Ningkan.
- Memperjuangkan hak orang Iban
- Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak
- Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
- Pengasas - Temenggung Jugah.
- Membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak mereka dalam perlembagaan
- Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
- Pengasas - Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
- Tuntut hak istimewa penduduk bumiputera.
- Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak.
- Wujudkan keharmonian di kalangan rakyat.
- Menyelamatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman komunis.
- Tuntut bahasa Melayu jd bahasa kebangsaan.
Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Terdiri daripada
- Persatuan Cina Sarawak (SCA)
- Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
- Parti Negara Sarawak (PANAS)
- Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
Parti Perikatan hadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.
Facebook|Sejarah Sarawak
WHITE RAJAH OF SARAWAK
It also remained as the private domain of the British Brookes family. The first white Rajah of Sarawak was the 19th Century adventurer, Sir James Brooke. He had been appointed Rajah of a large area of Sarawak in 1841, by the Sultan of Brunei, then the overlord, as a reward for his services in putting down Chinese pirates and rebel tribesmen. Brooke rule was, by local standards, efficient and during the years he and his heirs extended their control over Brunei territory, under the excuse that the Sultan’s rule was ineffective or oppressive. In 1864 the British government recognised Sarawak as an independent domain after the USA had done so in 1850, and in 1888 an agreement with the British placed it under British protection, although the Brooke family retained control over all domestic affairs. The first Rajah had been emasculated by a bullet during fighting in Burma and had no children. Thus, to the accompaniment of great family vows, he chose his sister’s son Charles Johnson, as his heir, and Charles added the surname Brooke to his own name. Charles Johnson Brooke reigned from 1868 to his death in 1917 at the age of 87. He was a pompous chilly man with the most startling face. For years, following the loss of his eye in an accident, he lived with one empty socket. Then, during a visit to London he stopped on impulse at a taxidermist’s and bought an eye intended for a stuffed albatross. Wearing this in his empty eye socket, gave Brooke a wild look.
Charles
Johnson
Brooke
In Sarawak he inaugurated a water-works and a wireless transmitter. He believed that it was his duty to shelter the head-hunting Dayak tribesmen from the realities of the world and would not allow their primitive lives to be changed by commercial developments or consumer goods from the West.
The old autocrat had three sons who were so shy of women that, at one point, they looked like becoming permanent bachelors. Then their mother, the Ranee, (she was estranged from her husband and lived in England) recruited an orchestra consisting entirely of eligible young women, and had it perform before her sons.
The choice of the eldest, Vyner, fell on the drummer, Sylvia Brett, daughter of Viscount Esher, and as a token of his love, he sent her a silver model of her drum. Vyner was so shy he bought a book of jokes on their honeymoon and read from it rather than make conversation.
Once installed as Rajah, Vyner proved to be a conscientious ruler. He worked to suppress slavery and head-hunting and sat as a judge in his own court. He mixed with tribal chiefs, drank their potent liquor and got to know them well. Some of his more primitive subjects, such as the Dayaks and Kayans, believed that he had an interview with God every day: they asked him whether God was clean-shaven or wore a beard.
His personal habits were also somewhat eccentric: he would stroll around the garden of his riverside palace accompanied by pet monkeys and occasionally, a pet boa constrictor or porcupine.
Sarawak made headlines in the British Press in the 1930’s when Rajah Vyner’s three daughters entered British society. The newspapers dubbed them incorrectly “the three princesses,” eagerly chronicled their doings. They even inspired a popular song, “My Sarawak.” One married an all-in wrestler: another the bandleader, Harry Roy.
Back in Sarawak, Vyner took on an official named Gerald McBryan who had the most grandiose ambitions. He became a Muslim, went on a pilgrimage to Mecca, and dreamed of creating a united Muslim empire extending from Morocco to the Philippines, with himself as ruler in Sarawak. However, McBryan went clinically insane and the last great event of Brooke rule was the introduction of a constitution, with a representative assembly. This was Vyner Brooks gift to his people in 1941 after a century of family rule.
http://myweb.tiscali.co.uk/kenanderson/histempsequel/page19.html
Subscribe to:
Posts (Atom)






