Blog ini tidak terhad utk sejarah2 Sarawak masa lampau sahaja. Sejarah2 terkini, peristiwa2 penting, perayaan2 penduduk tempatan, pesta2 serta apa2 saja yg menarik ttg Sarawak pada pandangan saya di Negeri Sarawak.
Showing posts with label pesta kaol. Show all posts
Showing posts with label pesta kaol. Show all posts
Friday, 15 July 2011
PESTA KUCHING 2011
Acara Pesta Kuching 2011 bakal membuka tirainya hujung minggu ini menerusi perlawanan akhir Piala Bola Sepak Remaja Datuk Bandar.
Sambutan acara ini akan berlangsung selama dua bulan dan berakhir pada 16 September depan iaitu pada Hari Malaysia.
Penganjur bagi Pesta Kuching 2011 adalah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Datuk Bandar DBKU Mohd Atei Abang Medaan berkata, sebahagian daripada aktiviti telah diatur semula untuk diadakan pada dan selepas bulan Ogos memandangkan ia jatuh pada bulan Ramadan.
Kuching telah menerima status bandar raya pada 1 Ogos 1988.
Sambutan kemuncak untuk Hari Bandaraya Kuching Ke-23 akan diadakan di Arena DBKU pada 1 Ogos.
“Salah satu aktiviti utama anjuran DBKU ialah Pertunjukan Orkid Antarabangsa bermula pada 26 hingga 31 Julai ini di Taman Orkid.
“Peserta terdiri daripada pelbagai negara antaranya, Indonesia, Singapura, Taiwan, Thailand, Malaysia, Myanmar, Filipina, Jepun, Brunei, Hong Kong dan Papua New Guinea,” katanya dalam sidang media semalam.
Taman Orkid akan dibuka kepada orang awam bermula 29 hingga 31 Julai bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, tambahnya.
Tambahnya, sekurang-kurangnya lima pertandingan akan diadakan sempena pertunjukan itu antaranya, pertandingan landskap orkid, orkid individu, pengurusan flora, pertandingan mewarna orkid dan pakaian beragam.
Aktiviti lain termasuk pesta bergendang, pertandingan lagu patriotik, festival buah-buahan, regata mini serta pertandingan berbasikal Bukit Siol selepas bulan Ogos.
“Sempena bulan Ramadan, DBKU akan mengadakan Bazar Ramadan di tiga kawasan iaitu Satok, Sukma Ria dan Semarak,” ujarnya.
Sementara itu, MBKS turut akan tampil dengan pelbagai aktiviti bermula dengan Festival Fair, muzik dan seni termasuk festival sukan, kata kaunselornya Mohamad Taufik Abdul Ghani.
“Tema yang akan ditonjolkan pada tahun ini ialah belia dan peranannya dalam pembangunan bandar
Friday, 1 July 2011
PESTA BENAK SRI AMAN 2011
Bandar Sri Aman dijangka menjadi tumpuan ribuan orang pengunjung ketika berlangsungnya sambutan Pesta Benak Sri Aman 2011 bermula 1 hingga 4 Julai ini nanti.Pesta Benak Sri Aman 2011 bakal akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik ketika berlangsungnya sambutan pesta terbabit selama lima hari nanti.
Antara aktiviti terbabit adalah Lumba Benak Berperahu, Regatta, Bazaria dan Promosi Produk, Miss Tourism Benak, Pameran dan Fotografi Benak, Sri Aman Kicthen, Rythm Of 1Malaysia, Benak Idol, Luncuk Benak, Jet Ski, Pentas Kebudayaan, Dekramasi Puisi, Karnival Belia Keusahawaan dan Pertandingan Hip Hop 1Malaysia.
Diramalkan Fenomena Air Pasang Raya @ Benak (King Tide) akan mencecah 5.5 meter pada 1 Julai, 5.7 meter pada 2 Julai, 5.9 meter pada 3 Julai dan 6 meter pada 4 Julai nanti. Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud akan merasmikan Pesta Benak Sri Aman 2011 sekitar jam 10 pagi pada 2 Julai ini.
Pesta Benak Sri Aman 2011 bakal kembali. Ia dijangka bakal berlangsung pada bulan Jun tahun ini. Mari datang ke Sri Aman untuk menyaksikan Pesta Benak kali ini. Video di atas adalah merupakan salah satu pra promosi Pesta Benak Sri Aman 2011.
Ada tiga buah perahu. Dua buah karam manakala sebuah lagi berjaya menyusuri benak. Saksikan kehebatan tiga jejaka terbabit.
Wednesday, 22 June 2011
Masyarakat Melanau
Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Sesama dengan suku kaum Iban, Orang Melanau tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.
Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.
Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di pendalaman. Selain ini, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.
Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.
Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.
Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.
Labels:
bahasa melanau,
Kaol,
Kaul,
learn melanau,
melanau,
pesta kaol,
Pesta Kaul
Subscribe to:
Posts (Atom)
