Saturday 25 June 2011

Pemberontakkan Limbang 1884






Limbang adalah ‘kuripan’ Pengiran Temanggong Pengiran Anak Hashim (Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, menaiki takhta 1885 ). Setahun sebelum baginda menaiki takhta, penduduk Limbang telah mengadakan pemberontakan membantah cukai yang dikenakan dan kekerasan yang digunakan oleh pemungut cukai. Akibatnya 2 orang pemungut cukai dari Brunei telah dibunuh di Limbang. Pemberontakan di Limbang tidak dapat di selesaikan oleh Pengiran Temenggong Pengiran Anak Hashim, sehinggalah William Treacher (Pemangku Konsul Agung Inggeris di Labuan ) campur tangan dan menamatkan pemberontakan tersebut. Pengiran Temanggong Pengiran Anak Hashim pernah meminta bantuan dari Rajah Charles Brooke untuk menamatkan pemberontakan itu tetapi tidak berjaya.

Apabila pemberontakan Limbang ditamatkan, Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin cuba untuk mengambil kembali daerah Padas, Trusan dan Limbang. Akan tetapi kerana tekanan daripada Peter Leys, Syarikat Inggeris Borneo Utara serta Rajah Charles Brooke, Sarawak, maka Sultan akhirnya bersetuju menyerahkan Trusan dalam tahun 1885 dan Padas dalam tahun 1887 tetapi dengan tegas dan keras, enggan menyerahkan Limbang [ D.S. Ranjit Singh, 1991].

Alasan mengapa Sultan Hashim tidak mahu menyerahkan Limbang kepada kuasa-kuasa asing:

1. Amanat Sultan Abdul Momin, supaya tidak lagi menyerahkan wilayah-wilayah Brunei kepada sama ada Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris atau Rajah Brookes, Sarawak, termasuk juga kuasa-kuasa asing yang lain.

2. Sungai Limbang adalah dalam lingkungan kerajaan Brunei, sebab itu Sultan Hashim sering mengatakan bahawa Brunei adalah Limbang dan Limbang adalah Brunei.

3. Limbang adalah sumber ekonomi Brunei (sago) dan tempat mata pencarian, kehidupan orang-orang Brunei dari generasi ke generasi [surat Sultan Hashim kepada Sir Frederick Weld, 1890 ]. Selain daripada itu Limbang juga merupakan ‘periuk nasi’ bagi Sultan Hashim [ The Straits Times, Singapore, 18 April 1890 ].
 
Tempoh 1882 hingga 1888 Negara Brunei Darussalam semakin mengecil. Tempoh ini menggambarkan kesurvivalan Brunei atau lenyapannya sebuah negara yang paling tua di Borneo. Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris dan Sarawak ghairah memperluaskan wilayah mereka sehingga tidak ada lagi nama Negara Brunei Darussalam. Melihat wilayah Brunei yang semakin kecil dan juga masalah Limbang yang tidak selesai serta cadangan Peter Leys kepada Pejabat Hal Ehwal Luar British untuk membahagi-bahagikan dan hanya meninggalkan Bandar Brunei dan Muara sahaja kepada Sultan Hashim menyebabkan Sultan Hashim merayu dan membuat bantahan kepada kerajaan Baginda Queen (Great Britain) dengan mengutus surat kepada Baginda Queen dalam tahun 1887. Baginda merayu kepada baginda Queen supaya menghalang lebih banyak wilayah Brunei jatuh ketangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris dan Rajah Sarawak.

Masa depan Brunei sepanjang tempoh itu kabur dan tidak selamat. Pegawai Inggeris hampir keseluruhannya enggan memberikan pertolongan kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin untuk mengekalkan kesultanan dan pengambilan wilayah-wilayah Brunei.

Umpamanya Lord Salisbury, Setiausaha Pejabat Luar Britain dalam tahun 1887 berkata dalam minitnya kepada Julian Pauncefote :
“The North Borneo Company and Sarawak are crushing out the Sultan between them. I think we had better let them finish it and made no agreement with the Sultan of Borneo”

Minit ini bukannya hendak menolong tetapi mahu menghapuskan Sultan dan negeri Brunei sendiri.

Dalam surat Rajah Charles Brooke kepada Lord Brassey pula, mahu mengecilkan kerajaan Brunei dengan sekecil-kecilnya:
“..if the Brunei Town and river were left to them, while the rivers Limbang and Tutong were attached to Sarawak, the existence of the Brunei sultanate would in a very short space of time become harmless…[ D.S.Ranjit Singh, 1991].
Pada 1887, Sir Frederick Weld, Gabenor Negeri-Negeri Selat mengetuai misi ke Brunei untuk melihat keadaan dan mencadangkan rancangan penyelasaian kepada Sultan Brunei.Sir Frederick Weld, bersimpati akan keadaan Brunei yang semakin kecil dan mencadangkan perlindungan dan seorang Residen kepada Sultan Hashim. Weld juga mencadangkan Syarikat Berpiagan Borneo Utara Inggeris dan Sarawak untuk diberikan perlindungan jika mereka mahu. Kehadiran Sir Frederick Weld memberikan harapan kepada Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kerana Baginda tidak mahu lagi kehilangan wilayah-wilayah Brunei.

Idea Sir Frederick Weld untuk mengadakan seorang Residen di Brunei telah ditolak oleh Britain akan tetapi idea untuk menubuhkan sebuah Negara perlindungan telah diterima [L.R.Wright, 1970: 200 dan D.S. Ranjit ingh, 1991:72 ]. Dalam tahun 1888, kerajaan Great Britain telah membuat perundingan untuk mengadakan negara-negara perlindungan bagi ketiga-tiga buah negeri: Negara Brunei Darussalam, Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris dan Sarawak.

Perjanjian yang mengandugi 8 artikel akhirnya ditandatangani oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara Inggeris (13 Mei 1888), Sarawak (5 September 1888) dan Brunei Darussalam, pada 17 September 1888)
 
Perampasan Limbang 1890
Dua tahun selepas Perjanjian 1888, Rajah Charles Brooke telah merampas Limbang dan menaikkan bendera Sarawak di sana pada 17 Mac 1890, serta mengistiharkan bahawa Limbang berada di bawah kerajaan Sarawak. Perampasan ini adalah tanpa pengetahuan, perkenan dan kebenaran Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin. Baginda merasa terharu, terperanjat dan murka ke atas tindakan Rajah Charles Brooke terhadap perampasan tersebut.

Baginda kemudiannya mengutus surat kepada Britain melalui Sir Frederick Weld supaya mengembalikan Limbang dan mengarahkan Charles Brooke meninggalkan Limbang. Baginda merujuk kepada perjanjian 1888 yang tidak dipatuhi oleh Rajah Charles Brooke.

Sultan Hashim dan pembesar-pembesar Brunei serta rakyat Baginda tidak sekali-kali menyerahkan Limbang kepada mana-mana kuasa asing kerana Limbang adalah Brunei dan Brunei adalah Limbang. Rayuan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin kepada kerajaan Great Britain dan Sarawak tidak berhasil.

Rayuan Sultan Hashim kepada Britain untuk mengembalikkan Limbang kepada Brunei berterusan. Malangnya kerajaan Great Britain enggan menolong malah menghantar Mr Neil Penrose Trevenen, Konsul British yang baru bagi Borneo ( 1890-1898 ) pada bulan November 1890 ke Limbang untuk menyiasat perkara yang sebenarnya dan sekali lagi pada bulan April 1891. Di samping itu kerajaan Britain mengarahkan Sir Cecil Clementi Smith supaya Sultan Hashim menyerahkan saja Limbang kepada Sarawak. Tetapi Sultan Hashim dengan keras hati menolak permintaan tersebut. Sir Cecil Clementi Smith juga memberitahu kepada Rajah Charles Brooke bahawa kerajaan Great Britain tidak akan menyokong perampasan Limbang, kecuali jika Sultan Hashim menerima atau diberi wang pampasan ganti rugi.

Berdasarkan laporan N.P. Trevenen, kerajaan Britain bersedia untuk mensahkan perampasan Limbang tetapi persetujuan hendaklah dibuat untuk membayar ganti rugi atau pampasan kepada Sultan Brunei. Mac 1892 wang pampasan dirundingkan dan Sultan Brunei akan menerima $6000 setiap tahun dan kalau baginda tidak menerima wang tersebut dalam masa tiga tahun sejak tarikh perampasan Limbang, maka wang tersebut akan dikembalikan kepada Rajah Charles Brooke. Sultan Hashim dan pembesar-pembesar Brunei tidak mahu menerima walau sesen pun wang tersebut. Baginda tidak rela menggantikan Limbang dengan wang ringgit sebagai ganti rugi ke atas tanah Limbang yang dirampas itu.

Apa pun caranya untuk meyakinkan Baginda supaya menyerahkan Limbang kepada Sarawak, Baginda tetap tidak bersetuju. Usaha Trevenen gagal, dan tempoh selepas tiga tahun tamat dan sehingga tahun 1895 Baginda tetap enggan menerima wang tersebut. Ogos 1895 Pejabat Hal Ehwal Luar Great Britain telah mengistiharkan kes perampasan Limbang oleh Rajah Charles Brooke itu ditutup. Hal ini telah mengecewakan Sultan Hashim. Isu perampasan Limbang masih tetap tidak diterima dalam hidupnya sehingga Baginda mangkat pada 10 May 1906.

Sumber: Perjanjian 1888: Suatu Harapan dan Kekecewaan.
Oleh
Ismail Bin Haji Awang Nordin
Jabatan Sejarah, FASS
Universiti Brunei Darussala


http://www.bruneiresources.com
Facebook|Philo Hiswandee
Facebook|sejarah Sarawak

Sejarah Limbang (extra)



Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Charles brooke untuk meluaskan kuasanya di Sarawak.
Charles Brooke anak saudara kepada James Brooke dan memerintah Sarawak hampir 48 tahun. Beliau dilantik menjadi Raja Sarawak kedua pada 3 ogos 1868 dan mengangkat sumpah pada 11 okterber 1868.Beliau seorang yang permurah tetapi berpendirian tegas.Charles juga dianggap seorang yang berfikiran terbuka, cergas dan menggunakan kewarasan politik dalam pentadbiran.Tugas utama Charles ialah untuk menyusun pentadbiran memastikan kerajaan tidak banyak berhutang seperti zaman bapa saudaranya.

Beliau juga menjalankan dasar berjimat cermat dalam permerintahannya.
Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian, setiap bahagian ditadbir oleh seorang residen (Eropah) dengan dibantu oleh seorang penolong residen dan pegawai daerah. Bagi pentadbiran anak negeri, ketua-ketua tempatan orang melayu, cina dan dayak terus dikekalkan. Ketua-ketua ini dilantik oleh residen. Masalah-masalah dalam masyarakat akan dikendalikan oleh ketua masyarakat masing-masing. Kadang kala raja sendiri terpaksa campur tangan apabila masalah yang timbul melibatkan antara dua kaum atau lebih.

Charles brooke juga membawa masuk mubaligh-mubaligh Kristian yang bermazhab Roman Katolik. Tugas mubaligh adalah untuk mengkristiankan penduduk tempatan terutamanya pendudk yang masih mengamalkan agama animisme. Selain itu,beliau mewujudkan sekolah-sekolah dan beberapa kemudahan yang lain.

Dalam perkara ini, beliau memang bersikap sebagai seorang yang imperialis. Charles tidak begitu berminat untuk menambahkan kekayaan Negara tetapi beliau lebih cenderung untuk meluaskan jajahan Sarawak. Charles menjalankan dasar perluasan kuasa ke arah utara ini iaitu bermula sejak zaman Raja Putih pertama lagi dan disambung oleh Charles Brooke. Beliau telah meminta daerah Baram daripada Sultan Brunei pada awal tahun 1868, sebagai gantinya baginda akan mendapat bayaran yang swajarnya setiap tahun. Selain itu, Charles juga merancang hendak menambah kawasan pantai Sarawak supaya menjadi seratus batu panjang.

Walaubagaimana pun segala permintaan dan cadangan Charles brooke ditolak oleh Sultan Brunei dan baginda meminta perlindungan daripada Gabenor Pope-Hennessy yang merupakan Konsul Jeneral British bagi borneo dengan mendakwa bahawa brunei berhak mendapat perlindungan British dibawah persetiaan tahun 1847. Charles brooke menjadi marah dan setelah masalah itu dapat diselesaikan, Charles mencuba sekali lagi untuk mendapatkan Baram.

Pada tahun 1883, orang Kayan yang mendiami kawasan Sungai Baram bangun menentang kerajaan Brunei. Hal ini menyebabkan , beliau mudah untuk mendapatkan daerah tersebut atas desakan rakyat yang tidak mahu berlindung dibawah pemerintahan Brunei. Charles berjaya mendapatkan Baram dan seluruh lembangan sungai Baram daripada Sultan Brunei dengan bayaran ufti sebanyak $4,200 setahun. Sultan Brunei menyerahkan pula daerah Sungai Terusan tanpa sebarang bayaran setelah gagal mengatasi masalah kekacauan di situ.

Manakala limbang pula, sejak tahun 1884 lagi penduduk limbang yang bersepadan dengan Brunei, telah memberontak melawan pemerintahnya kerajaan Brunei. Kerana penduduk di Limbang tidak tahan menanggung penderitaan dan kezaliman pembesar brunei yang memerintah di Limbang. Pemberontakan tersebut telah berlaku sejak sekian lama, namun tidak dapat mengubah sikap pembesar Brunei tersebut. Akhirnya pada bulan mac tahun 1890 penduduk dilimbang telah mengibarkan bendera kerajaan Sarawak.

Penduduk limbang meminta Charles Brooke mengambil Limbang menjadi wilayah baru di Sarawak, dengan kebenaran kerajaan british di England Charles Brooke telah berjaya mendapat daerah Limbang. Wilayah yang seterusnya yang diperolehi oleh Charles Brooke ialah daerah Lawas. Maka dengan ini lengkaplah sudah perluasan kuasa Charles Brooke ke atas Sarawak.

Kesimpulan
James Brooke berjaya menguasai 2/3 tanah jajahan di sarawak dengan beberapa usaha yang dijalankan seperti membuat perjanjian,ugutan terhadap Sultan Brunei dan memerangi lanun-lanun yang memberontak di Sarawak.Selain itu, dengan peralatan kapal perang yang canggih memudahkan lagi proses pengambilan wilayah dan tanah jajahan di Sarawak.

Di tambah dengan sokongan daripada pembesar tempatan iaitu Pengiran Muda Hasyim menyebabkan James brooke tidak mempunyai masalah untuk menjadi seorang Rajah di Sarawak. Setelah kematian beliau anak saudaranya iaitu Charles Brooke mengambilalih pemerintahan di Sarawak.

Charles juga berjaya memantapkan pentadbiran dan ekonomi Sarawak dan seterusnya berjaya melengkapkan penguasaan kesemua tanah jajahan dengan berjaya menguasai daerah limbang dan lawas.

Rentap dan Bukit Sadok



Program Ekspedisi Bukit Sadok diadakan bagi memperingati detik-detik bersejarah tentangan diantara Rentap dengan Charles Brooke di kubu kuat Rentap di Bukit Sadok. Sebuah meriam yang dikenali sebagai Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk menentang penjajah Inggeris tersebut.

Bukit Sadok adalah terletak di antara hulu Batang Skrang di Bahagian Timur dan hulu Sungai Spak / Batang Layar di Bahagian Barat. Rumah panjang berdekatan adalah Peredu, Gerenjang dan Genting Pisang (Batang Skrang) dan Batu Pesok, Rantau Rayang dan Jambu (Batang Layar).

Untuk ke Bukit Sadok, pengangkutan darat boleh digunakan dari Bandar Betong ke Rh. Giri, Jambu yang mengambil masa selama lebih kurang 2 hingga 3 jam. Dari Rh. Giri, Jambu, pendakian bermula selama lebih kurang 4 hingga 5 jam untuk sampai ke puncak Bukit Sadok.

Pada amnya, Bukit Sadok mempunyai hutan jenis MDF (Mixed Dipterocarp Forests) tetapi di kawasan kemuncak terdapat hutan yang berbentuk Keranggas. Seperti kebiasaanya, jenis pokok yang terdapat terdiri daripada spesis Meranti, Kapur, Keruing, Resak, Luis, Tampar Hutan, Nyatoh, Kayu Malam, Geronggang, Minggi, Mempening (Empili) dan selunsur (Melaban). Dua jenis pokok yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan seperti Bintangor dan Tongkat Ali (spesis yang terlindung sepenuhnya) juga terdapat di kawasan ini.

Di kawasan Bukit Sadok, terdapat haiwan-haiwan yang terlindung sepenuhnya seperti Orang Utan (Maias), Empeliau, Tupai Kerawak, Tupai Tanah (Kerampu), Burung Kenyalang dan Burung Ruai.

Bagi haiwan terlindung adalah seperti Tupai Terbang (Kubong), Beruang, Landak, Enturun, Tenggiling, Munsang, Kesindap, Sengayan, Burung Ensing dan Ular Sawa.

Sejarah Rentap, Bukit Sadok dan Bedil Bujang Timpang Berang


Mengikut sejarah, Rentap telah menggunakan meriam Bujang Timpang Berang untuk mempertahankan kubunya di Bukit Sadok pada bulan Jun 1857. Pada masa tersebut pasukan tentera Rajah yang terdiri dari 3,500 orang Iban dan 500 orang Melayu diketuai oleh Charles Brooke telah mara dari Sungai Skrang untuk menyerang kubu Rentap. Beberapa orang askar Charles Brooke telah cedera parah atau terbunuh. Keadaan ini telah memaksa Charles Brooke untuk berundur seterusnya menamatkan Ekspedisi Pertama mereka.

Dalam Ekspedisi Kedua yang diketuai oleh Charles Brooke dan pasukan tenteranya yang terdiri daripada 2,000 orang Iban dan 200 orang Melayu telah menghampiri Bukit Sadok melalui Sungai Layar, dari Nanga Tiga ke Rapu untuk menentang Rentap pada bulan Ogos 1858, Bujang Timpang Berang telah digunakan untuk mempertahankan kubu Rentap di Bukit Sadok.

Dalam Ekspedisi Ketiga, Charles Brooke telah membawa bersama sebuah bedil bernama Bujang Sadok yang seberat 368 kg yang dibuat di Kuching. Tembakan pertama dari bedil Bujang Sadok telah menembusi dinding kubu dan membunuh ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang. Tembakan yang bertalu-talu telah menyebabkan dinding kubu tersebut berjaya ditembusi. Kayu pembawa yang membawa meriam Bujang Sadok juga telah patah. Darah ketua penembak bedil Bujang Timpang Berang telah meresap ke dalam belerang serta menyebabkan bedil Bujang Timpang Berang tidak dapat berfungsi. Kubu berkenaan akhirnya ditawan dan bedil Bujang Timpang Berang dipateri dengan besi pada 29 Oktober 1861. Rentap dan pengikutnya yang terselamat seramai 24 orang berjaya melarikan diri.

Kubu berkenaan telah dibakar pada petang 28 Oktober 1861. Api yang membakar kubu tersebut dapat dilihat dari jauh melalui beberapa buah rumah panjang.

Bujang Timpang Berang telah ditinggalkan dan dibiar tanpa dipedulikan di Bukit Sadok selama 65 tahun. Pada tahun 1926, seorang Pegawai Daerah Betong bernama G.R.H. Arundell dan Penghulu Unji dari Spak telah membawa turun meriam tersebut ke Kubu Lili di Rantau Entanak, Betong. Pada 9 Oktober 1990, Bujang Timpang Berang dialihkan dari Kubu Lili ke Pejabat Daerah di Bukit Bangun, Betong.

Tugu Peringatan Panglima Rentap

Perasmian Tugu Peringatan Panglima Rentap telah diadakan pada 26 Julai 2003 bertempat di Puncak Bukit Sadok, Ulu Layar, Betong. Tetamu Kehormat yang hadir ke majlis tersebut adalah YB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, YB Datuk Douglas Uggah ak Embas, YB Encik Aidan Wing dan Datu Nillie Tanggai. Turut hadir ke majlis yang bersejarah ini adalah Encik Romie Sigan Daniel (Residen Bahagian Betong), Dr. Ngenang Janggu (Residen Bahagian Sri Aman), Encik Isaka Kana (Pegawai Daerah Betong), Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kaum dari rumah-rumah panjang yang berdekatan serta penduduk sekitar Bahagian Betong dan Sri Aman.

Sebelum upacara perasmian ini, pelbagai usaha pembangunan telah dijalankan di Bukit Sadok. Antara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan adalah menyediakan pondok-pondok rehat serta laluan mendaki untuk memudahkan para pendaki dan pelancong datang ke situ.



http://betong.pid.net.my/section.cfm?id=49
Facebook|Sejarah Sarawak

Wednesday 22 June 2011

Masyarakat Melanau

Rumah Kaum Melanau


Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.

Sesama dengan suku kaum Iban, Orang Melanau tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu. Masyarakat Melanau yang bukan beragama Islam mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok.

Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.

Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di pendalaman. Selain ini, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.

Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan.


Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.

Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek.




Masyarakat Iban


Pahlawan Iban
Masyarakat Iban merupakan golongan majoriti di negeri Sarawak. Terdapat pelbagai suku kaum masyarakat Iban seperti Balau, Sebuyau, Lemanak dan lain-lain. Masyarakat Iban masih kuat berpegang dengan identiti tradisi mereka di samping mengamalkan pelbagai jenis adat resam yang unik. Dari segi geografi, kebanyakan masyarakat Iban mendiami beberapa kawasan pedalaman yang tertumpu di tengah-tengah negeri Sarawak dan sebilangan kecilnya menetap di kawasan-kawasan bandar. Maklumat berkaitan adat resam dan kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat Iban berikut akan memfokuskan tiga aspek utama dalam kehidupan mereka iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian.          
Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sostem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (gawai) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.
Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh “Tuai Burung” yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh “Tuai Rumah” sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membaca sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka “Lemambang” akan melakukannya dengan melagukan “pengap”. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka “Manang” akan melakukannya untuk pengubatan.
Dalam konsep masyarakat Iban, “Raja Entala” merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama “adat”. Segala amcam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat.
Untuk memulakan kehidupan bertani maka “Tuai Burung” akan melakukan beburung iaitu melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, “Manang” (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.
Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap “adat” terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian.
Disepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu atau pun terelak dari bahaya.
Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar yang melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.
Dalam Gawai Utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk “Tuai Burung”, “Tuai Rumah”. “Lemambang” dan mungkin “Manang”. semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap “antu” atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal dunia. Sepanjang malam Lemambang akan melagukan “pengap” atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.
Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang yang berat.
Kanang ak Langkau - Pahlawan Iban

Tuesday 21 June 2011

Sejarah Kuching

Terdapat kemungkinann bahawa peneroka awal kuching adalah terdiri dari masyarakat Melayu yang tinggal di sepanjang kawasan pantai di santubong yang kemudian berpindah ke kuching. Sebelum kedatangan James Brooke, Sarawak yang pada awalmya dikenali sebagai Kuching telah di perintah oleh Sultan Brunei.

Sultan Tengah adalah Sultan terakhir Sarawak yang makamnya terdapat di kampong Santubong. (Kaum Bidayuh pula di katakana berasal dari Gunung Opar di Bung Bratak. Kajian arkeologi telah menunjukkan terdapat bijirin beras dalam kandungan tanah di gunung yang menandakan terdpapatnya kegiatan bercucuk tanam oleh penduduk tempatan beberapa ratusan tahun dahulu. Terdapat beberapa puak masyarakat Bidayuh seperti Bidayuh Jagoi dan Bidayuh Selako yang mempunyai bahasa pertuturan yang berbeza.)

Sarawak, dari abad ke-15 telah emnjadi negeri jajahan kesultanan Brunei sehingga ditemuit pada tahun 1820. Pada awal abad ke-19, ketika sultan Omar Ali Saif-Udin menaiki takhta, baginda menghantar Pengiran Mahkota ke Kuching untuk memerintah Sarawak. Dalam tahun 1836, penduduk Melayu tempatan dan kaum Dayak Darat dari Sungai Sarawak mencetuskan revolusi dan mengisthiharkan kemerdekaan mereka daripada Sultan Brunei. Sultan Brunei kemudian menghantar ayah saudaranya Raja Muda Hashum, Bendahara Brunei untuk menumpaskan perbenrontakan tersebut tanpa emyinkirkan Pengiran Mahkota daripada perlantikannya. Kedaan ini mengakibatkan kekeliruan kuasa dan peperangan di antara Mahkota dengan kalangan pemberontak yang diketuai oleh pemimpin Sarawak, iaitu Datu Patinggi Ali.

Ketika kemuncak pergolakan itu, seorang pegembara Inggeris, iaitu james Brooke tiba di Kuching pada bulan Ogos 1839. Pada masa itu, Sarawak adalah sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Datu Patinggi Ali mengetuai pemberontakan menentang pemerintahan Pengiran Mahkota di Sarawak. Selain itu, terdapat juga ancaman lanun di persisiran pantai Sarawak dan perbalahan pelbagai puak. Raja Muda Hashim tidak mampu mengawal keadaan dan lantas memohon bantuan daripada James Brooke semasa lawatan kali keduanya ke Kuching dalam tahun1840. Disebabkan kejayaan James Brooke meyelesaikan perbalahan di antara puak yang bersengketa dan tumpas nya ancaman lanun, beliau telah ditabalkan oleh Kesultanan Brunei menjadi Rajah bagi wilayah Tanjung Datu sehingga Sungai Samarahan dalam tahun 1846. Wilayah itu kini dikenali sebagai Bahagian Kuching.



Facebook|Sejarah Sarawak 

Sejarah Sarawak Part 2

PERUBAHAN PENTADBIRAN KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI DI SARAWAK

Sarawak diserah kepada British

  1. Charles Vyner Brooke perkenalkan Perlembagaan 1941 sempena Perayaan 100 Tahun Pengambilan Sarawak.
  2. Tidak dapat dilaksanakan krn Jepun serang Sarawak.

Sarawak selepas kekalahan Jepun
  1. British memperkenalkan Pentadbiran Tentera
  2. Kembalikan ketenteraman & pemulihan ekonomi
  3. Sarawak di bawah Pentadbiran Tentera British sehingga 1 Julai 1946.

Sebab Sarawak diserahkan kpd kerajaan British
  1. British berusaha ambil pentadbiran Sarawak
  2. Charles Vyner Brooke membuat keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
  3. Faktor Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British adalh kerana desakan daripada Kerajan British menyerahkan Sarawak supaya pelaburan mereka lebih terjamin.
  4. Charles tidak dapat mentadbir kerana umurnya sudah lanjut. Belaiu juga sudah lanjut usia dah uzur serta tiada waris untuk menggantikannya.
  5. Masalah kewangan kerana kemusnahan akibat peperangan. Charles Vyner Brooke sudah tidak mempunyai sumber kewangan untuk membangunkan semula neger Sarawak selepas peperangan.
  6. Rundingan Charles Vyner Brooke dengan British - persetujuan serahkan Sarawak kepada British.
  7. Charles Vyner Brooke menghantar wakilnya, Gerard T.MacBryan untuk dapatkan tandatangan daripada ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan dalam Majlis Tertinggi Sarawak.
  8. Gerard T.MacBryan guna tipu muslihat untuk mendapatkan tandatangan pemimpin tempatan.
  9. Charles isytiharkan keputusan persetujuan Majlis Tertinggi Sarawak serahkan Sarawak kpd British.
  10. Pengumuman mendapat bantahan Melayu & Iban.
  11. Pejabat Tanah Jajahan minta Charles Vyner Brooke mendapatkan persetujuan penyerahan Sarawak secara perundangan dan demokrasi.
  12. Charles Vyner Brooke merujuk perkara tersebut kepada Majlis Negeri.
  13. Majlis Negeri meluluskan Rang Undang-Undang Penyerahan Sarawak atau Cession Bill dengan 18 undi menyokong penyerahan dan 16 undi menentang.
  14. Usul penyerahan Sarawak - disokong oleh ahli bukan bumiputera.
  15. Pada 1 Julai 1946, Britishisytiharkan Sarawak sebagai Jajahan Mahkota British.
  16. Sir Charles Arden Clarke - Gabenor British pertama di Sarawak.
  
Gerakan Antipenyerahan Sarawak

  1. Penyerahan Sarawak kepada British dibantah oleh orang Melayu dan Iban.
  2. Masyarakat Melayu diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Adbdillah (ketua datu-datu masyarakatMelayu dan kaum Melayu terpelajar)
  3. Bantahan tersebut disertai oleh, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Melayu Sibu (BPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Persatuan Dayak Sarawak (PDS)
  
Faktor Gerakan Antipenyerahan Sarawak

  • Perlembagaan 1941
  1. Penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941 yang menjanjikan kerajaan sendiri kepada Sarawak.
  2. Usaha mendapatkan kemerdekaan menjadi sukar apabila Sarawak diserahkan kpd British.

  • Tipu Muslihat
  1. Charles Vyner Brooke membuat keputusan sendiri tanpa berunding dengan ketua-ketua bumiputera dan pemimpin tempatan.

  • Anthony Brooke Tidak Dilantik
  1. Barisan Pemuda Melayu meminta Anthony Brooke ditabalkan sebg Raja Sarawak yg baru.
  2. Dengan memulihkan pemerintahan Brooke, penduduk Sarawak boleh menuntut kemerdekaan dengan mudah.

Penentangan dan reaksi British

  1. Glongan antipenyerahan hantar surat bantahan, kawat dan telegram kepada kerajaan British.
  2. British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
  3. Setiap kampung dikerah buat poster dan sepanduk.
  4. Kaum wanita terlibat dalam demonstrasi menentang penyerahan.
  5. Kaum ibu PKMS pimpinan Cikgu Lily Eberwein ke kawasan pedalaman utk dapatkan sokongan Iban.
  6. Puan Syarifah Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Abol - mewakili kaum ibu BPM menentang penyerahan Sarawak
  7. British mendapati gol. antipenyerahan Sarawak terdiri drp kalangan kakitangan kerajaan khususnya guru Melayu.
  8. British mengeluarkan notis Pekeliling No.9.
  9. Pekeliling No.9 memberi amaran kepada kakitangan kerajaan supaya tidak melibatkan diri dalam gerakan antipenyerahan.
  10. Pekeliling menambahkan kemarahan terhadap pihak British.
  11. Seramai 338 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan. Kemasukan beramai-ramai bukan bumiputera dan org Inggeris dalam pentadbiran Kerajaan.
  12. Sebilangan besar terdiri daripada guru Melayu.
  13. Tindakan itu menyebabkan 22 sekolah kerajaan terpaksa ditutup.
  14. Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak meninggalkan pengajian mereka
  15. Tunjuk perasaan terbesar di Kuching - membantah perlantikan Gabenor Sarawak
  16. Gerakan penentangan semakin hebat apabila Barisan Pemuda Melayu (BPM) Sibu mengadakan perhimpunan (dihadiri 250 perwakilan bumiputera dari seluruh cawangan BPM)
  17. British menganggap gerakan antipenyerahan bersifat sementara.
  18. British giatkan usaha melemahkan gerakan antipenyerahan dgn memecahbelahkan perpaduan kaum.
  19. British galakkan penubuhan Young Malay Association (YMA).
  20. YMA sokong penyerahan Sarawak kpd British.
  21. YMA ambil ahli baru drp golongan antipenyerahan.
  22. British melaga-lagakan orang Melayu dengan orang Dayak agar kedua-dua pihak bertelagah.
  23. British memburuk-burukkan pejuang gerakan antipenyerahan dengan menuduh perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan hak istimewa orang Melayu Sarawak.
  24. Gerakan antipenyerahan semakin lemah akibat propaganda British.
  25. Golongan muda dalam BPM Sibu bertemu secara sulit lalu menubuhkan kumpulan yang dikenali sebagai Rukun Tiga Belas.
  26. Kumpulan Rukun Tiga Belas dianggotai ahli BPM yang radikal.
  27. Mereka bersumpah menghapuskan pegawai Eropah dan pemimpin Melayu yang bersubahat menyokong penyerahan Sarawak kepada kerajaan British.
  28. Rosli Dhobi menulis sajak dalam Utusan Sarawak menggunakan nama samaran Lidros.
  29. Pada 1949, Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart mengadakan lawatan rasmi ke Sibu.
  30. Rosli Dhobi menikam Duncan Stewart
  31. Peristiwa pembunuhan Duncan Stewart memberi kesempatan kepada British untuk guna kekerasan
  32. Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
  33. Anggota Rukun Tiga Belas yang lain dijatuhi hukuman penjara.
  34. British mengharamkan Persatuan Melayu Sarawak.
  35. British melumpuhkan gerakan antipenyerahan.
  36. British jadikan Sarawak tanah jajahannya sehingga tahun 1963.



Langkah berkerajaan sendiri di Sarawak

  • Tahun 1946;
  1. Pentadbiran Sarawak disusun semula
  2. Sarawak dibahagikan kepada lima bahagian.
  3. Setiap bahagian diketuai seorang Residen.
  4. Setiap bahagian dibahagikan kpd beberapa daerah.
  5. Setiap daerah diketuai oleh Pegawai Daerah.

  • Tahun 1947
  1. British membentuk Majlis Termpatan. Memberi peluang kepada ahli-ahli yang dilantik mengambil bahagian dlm pentadbiran tempatan.
  2. Fungsi Majlis Tempatan menguruskan pelajaran rendah, bekalan air, jalan raya, kesihatan kawal perbelanjaan di kawasan yang dipertanggungjawabkan kutip cukai kepala & cukai lain.

  • Tahun 1956;
  1. Pindaan dibuat berhubung dengan jumlah keahlian Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi dalam Perlembagaan Negeri Sarawak.
  2.  Pindaan perlembagan berkuatkuasa pd April 1957.
  3. Ahli Majlis Negeri dan Ahli Majlis Tertinggi ditambah menjadi 10 orang ahli .

Penubuhan Parti politik di Sarawak

  • Parti Negara Sarawak (PANAS)
  1. Pengasas- Datu Patinggi Abang Haji Mustapha.
  2. Wujudkan keharmonian di kal semua kaum
  3. Tuntut pendidikan percuma bg sekolah rendah.
  4. Pertingkatkan kedudukan politik, ekonomi dan sosial bumiputera.

  • Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP)
  1. Pengasas - Ong Kee Hui dan Stephen Young.
  2. Wujudkan perpaduan dan kesetiaan di kalangan rakyat Sarawak.
  3. Menyatupadukan kaum di Sarawak

  • Persatuan Cina Sarawak (SCA)
  1. Pengasas - William Tan.
  2. Perpaduan orang Cina

  • Parti Kebangsan Sarawak (SNAP)
  1. Pengasas - Stephen Kalong Ningkan.
  2. Memperjuangkan hak orang Iban
  3. Mendapatkan kemerdekaan bagi Sarawak

  • Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)
  1. Pengasas - Temenggung Jugah.
  2. Membantu orang Dayak mencapai perpaduan dan menjamin hak mereka dalam perlembagaan

  • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
  1. Pengasas - Datu Tuanku Haji Bujang bin Tuanku Othman.
  2. Tuntut hak istimewa penduduk bumiputera.
  3. Pertingkatkan taraf hidup bumiputera Sarawak.
  4. Wujudkan keharmonian di kalangan rakyat.
  5. Menyelamatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan fahaman komunis.
  6. Tuntut bahasa Melayu jd bahasa kebangsaan.

Pada Nov 1962, Perikatan Sarawak dibentuk. Terdiri daripada
  • Persatuan Cina Sarawak (SCA)
  • Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
  • Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
  • Parti Negara Sarawak (PANAS)
  • Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)

Parti Perikatan hadapi pilihan raya 1963 dan memenangi 138 kerusi.

Facebook|Sejarah Sarawak

Betong

BETONG


Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan Saratok. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum Melayu, Iban, Cina dan Bidayuh. Daerah Betong ditadbir oleh Majlis Daerah Betong yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan Debak, Pusa, Spaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh Majlis Daerah Saratok.
Betong juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana diketahui mempunyai pantai-pantai yang tidak kurang menarik seperti pantai Tanjung Kembang dan pantai Gerigat yang terletak di Kabong


http://si-gagak-etam.blogspot.com
http://malaysianbikers.com.my

Sarikei

SARIKEI

Sarikei merupakan salah satu daripada sebelas bahagian di Sarawak (dahulu dikenali sebagai Bahagian Keenam). Di bawah pentadbiran bahagian Sarikei terdapat empat buah daerah kecil iaitu bandar Sarikei, Maradong, Julau dan Pakan.
Bandar Sarikei terletak di tepi sungai Rajang yang merupakan sungai terpanjang di Malaysia. Sarikei didiami oleh pelbagai etnik yang terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melanau dan Melayu.
Pekan-pekan kecil di dalam daerah Sarikei termasuklah Pakan, Bintangor, Jaka, Belawai dan Tanjung Manis. Kedudukan bandar Sarikei di tengah-tengah menjadikannya bandar persinggahan bagi mereka yang dalam perjalanan dari Kuching ke Sibu yang dihubungi melalui jalan raya ataupun melalui pengangkutan sungai dengan menaiki bot ekspres. Terdapat juga perkhidmatan pengangkutan bas awam dari Kuching ke Sarikei dan seterusnya ke Sibu.
Sarikei amat sinonim dengan produk tanaman buah nenas Sarikei. Selain daripada itu, Sarikei juga terkenal dengan hasil buah dabai dan buah durian. Bandar ini menjadi pusat pemasaran sesar unjur, sejenis makanan popular di kalangan kaum Melanau.
  




Bahagian Samarahan

SAMARAHAN
Pejabat Wilayah Jabatan Pengairan Dan Saliran
Bahagian Kuching & Samarahan
94300, Kota Samarahan

Bahagian Samarahan merupakan salah satu dari sebelas bahagian di Sarawak. Ibu daerahnya ialah Kota Samarahan. Bahagian Samarahan mempunyai luas 4,967.4 km persegi. Jumlah penduduk pula adalah seramai 204,900 mengikut banci tahun 2000.
Bahagian Samarahan mempunyai empat daerah pentadbiran: Kota Samarahan, Asajaya, Serian dan Simunjan.
Kebanyakan pendudukan Samarahan adalah dari kaum Melayu, Iban, Bidayuh dan Cina.Samarahan dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tinggi di Sarawak.Kewujudan UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak), UiTM (Universiti Teknologi Mara), Institut Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Sumber Sarawak, INTAN dan Giat Mara.
Bahagian Samarahan dihubungkan oleh 2 batang sungai yang besar iaitu Batang Samarahan dan Batang Sadong. Penempatan kebanyakan penduduk asal Samarahan di tepi sungai dipengaruhi oleh kepentingan sungai sebagai sumber ekonomi dan perhubungan. Kampung-kampung yang terdapat di Samarahan dan Sadong dapat dihubungi melalui sungai-sungai.
Universiti Malaysia Sarawak

Bandar Sri Aman

SRI AMAN
http://www.wongfookyee.com
Sri Aman (asalnya Simanggang) merupakan salah satu bandar dan bahagian dalam Sarawak. Nama Sri Aman diambil sempena dengan penyerahan diri anggota parti komunis yang dipimpin oleh Bong Kee Chok sekitar tahun 1974.
Sri Aman juga mempunyai sejarah yang lama semasa penjajahan British. tempat kediaman mereka yang dinamakan 'Kubu Alice' sekarang ini masih wujud dan pernah menjadi kunjungan orang ramai.Sayang sekali keadaan 'Kubu Alice' kini terbiar dan tidak diselenggarai.
Sri Aman terkenal dengan buaya legenda "Bujang Senang"nya dan fenomena unik ombak gadang yang digelar BENAK. Pesta BENAK diadakan setiap tahun sekitar bulan Mei dengan acara utamanya adalah regata lumba perahu pelbagai kategori pengayuh dan acara-acara sampingan yang lain.
Terdapat juga sejenis ikan yang begitu popular di kalangan penduduk tempatan, 'Ikan Bulu' sejenis ikan sungai yang sangat sedap jika dipansuh (masak di dalam buluh) atau dipais (ikan dibalut dengan daun pisang atau daun apong dan dibakar. Dulu Sri Aman juga terkenal dengan Ikan Salai (ikan kering yang diasapi) antaranya ikan jan salai & ikan lumek salai.

http://www.wongfookyee.com

 http://www.wongfookyee.com

Bandar Mukah

MUKAH

pandangan dr atas bandar Mukah
 

Mukah merupakan salah satu bahagian di negeri Sarawak dengan keluasan 2,536 km2. Kawasan pentadbiran bahagian Mukah meliputi bandar Mukah, pekan Balingian dan Selangau mengikut pembahagian kawasan terbaru,Dalat turut dimasukkan dalam bahagian Mukah. Bandar Mukah yang didirikan di tepi Sungai Batang Mukah berada sejauh kira-kira 3.5 jam perjalanan dari Sibu. Ia dibuka oleh orang tempatan dan kemudian ditadbir oleh residen ketika pemerintahan James Brooke. Mengikut banci tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dengan kebanyakan mereka berbangsa Melanau.

Mukah mempunyai banyak keunikan yang tersendiri seperti makanan yang eksotik, budaya, kepercayaan, dan lain-lain. Mukah menjadi pusat kebudayaan orang Melanau dan "Pesta Kaul" yang diraikan pada bulan April oleh nelayan tempatan merupakan salah satu acara tahunan yang penting di sini.

Pesta Kaul

Kawasan di persekitaran Mukah ialah tempat penanaman sagu yang penting. Kini, pembandaran telah dilakukan dengan pesat untuk menarik pelabur asing datang ke Mukah.

menuai sago

Sejarah Limbang

LIMBANG



Limbang merupakan sebuah bahagian dan juga ibu kota bahagian di negeri Sarawak. Bahagian Sarawak ini terletak di sebelah utara, dan mempunyai kawasan seluas 3,978.1 kilometer persegi dan jumlah penduduk 42,600 orang (banci tahun 2000). Anehnya Bandar Limbang diapit oleh Brunei Muara dan Temburong. Bahagiah luar pantai banyak petroleum dan gas. Bagi meneroka petonsi itu, Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei telah diadakan.

Muzium Wilayah Limbang terletak di sebuah kubu lama yang dibina oleh Charles Brooke pada 1897. Muzium yang telah dibuka pada 1994 ini mempamerkan sejarah dan kebudayaan rakyat di wilayah ini seperti alat buluh, cara pembuatan garam, seni manik, pakaian daripada kulit kayu, barangan logam, bakul dan sebagainya.

Bukit Mas terletak berhampiran dengan Muzium Wilayah Limbang tempat ini merupakan tempat menarik untuk dukunjungi. Bukit Mas adalah tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga ,rakan-rakan mahupun bersendirian. Tempat ini mempunyai pemandangan sejuk mata memandang. Terdapat trek menaiki puncak Bukit Mas. Biasanya sempena Hari Bukit Mas pertandingan naik ke puncak Bukit Mas akan diadakan.

Bukit Mas Limbang




TUNTUTAN BRUNEI
 
Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, Brunei terbahagi dua , dipisahkan oleh Limbang. Sejak itu dikatakan Brunei menuntut wilayah Limbang daripada Malaysia.
Perjanjian 16 Mac 2009 antara Malaysia dan Brunei rupa-rupanya menyebabkan Malaysia kehilangan medan minyak Blok L dan Blok M yang terletak di luar pantai Limbang / Brunei. Berikutan itu Petronas menamatkan usaha carigali dengan syarikat Murphy Oil Corp dari Amerika Syarikat kerana ia bukan lagi milik Malaysia.
Konvensyen Undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982 menetapklan bahawa kawasan luar pantai Brunei itu milik Brunei . Kawasan itu yang selama ini bertindih sempadan akan dibangunkan secara usahasama dengan Malaysia.

Bandar Sibu

SIBU



Sibu ialah salah satu bandar dan bahagian di Sarawak. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dengan Sungai Igan, kira-kira 60 km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari Batang Rajang. Terdapat juga penduduk Bumiputera lain seperti orang Melayu dan Melanau Mengikut banci 2002, jumlah penduduk di bahagian Sibu adalah seramai 228,800 orang.

Daya tarikan Sibu ialah keramahan penduduk di sini. Terdapat juga sebuah bangunan yang tinggi iaitu To Pek Kong yang terletak di perairan Sibu yang jelas kelihatan dari jauh. Penduduk Sibu semakin bertambah dan banyak kawasan perumahan baru telah dibina. Sibu boleh dikatakan ialah titik perjalinan hubungan antara bahagian-bahagian di selatan dengan bahagian-bahagian di utara Sarawak. Oleh sebab itu, Sibu merupakan salah satu pusat perdagangan yang maju di Sarawak.
Sibu mempunyai keunikan tersendiri yang mempunyai hasil tani, buahan serta sayuran tempatan yang mungkin tidak atau jarang dijumpai di Semenanjung Malaysia antaranya ialah buah Dabai dan buah Engkalak yang merupakan buahan bermusim yang menjadi kegemaran masyarakat di Sarawak terutamanya masyarakat Melayu, Melanau dan Iban.

dabei

engkalak

Buah dabai dan buah engkalak ini sukar ditemui di Kuching dan kebanyakannya dibawa masuk dari Sibu, Sarikei atau Bintangor. Buah dabai dan buah engkalak ini lazimnya menjadi juadah makan tengahari atau malam bagi masyarakat di Sarawak terutamanya di Sibu, Sarikei, Kapit, Song, Bintangor, Mukah, Oya, Igan dan sebagainya.

Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan. Bagi sesetengah individu buah dabai lebih enak dimakan dengan kicap dan buah ini sering diproses untuk dijadikan jeruk dabai.

Di samping itu antara buah yang boleh dimasak sebagai juadah makan tengahari atau malam ialah buah lakum. Buah ini sering diamalkan oleh sesetengah masyarakat di Sarawak sebagai penawar kepahitan tekak dan kebiasaannya buah ini dimasak secara rebusan dengan air di mana keunikan rasanya yang masam adalah rahsia buah ini sebagai pembangkit selera makan terutamanya kepada seseorang yang sedang demam atau hilang selera makan.

Sejarah Bintulu

BINTULU


Bahagian Bintulu merupakan bandaraya baru di sarawak terletak di [[Sarawak] ] yang menghadap Laut China Selatan di baratnya. Bandaraya Bintulu membangun dengan pesat dengan adanya gas asli di luar pantai Sarawak. Ia terletak 650 km dari Bandar Kuching dan kira-kira 215 km dari Sibu atau Miri. Bintulu mempunyai keluasan 7,220.4 km2.
Daripada asal hanya sebuah kampung nelayan yang dikenali dengan hasil lautnya seperti udang, cencaluk dan belacan, Bintulu kini muncul sebagai bandar antarabangsa.
Sebuah loji pemproses gas asli iaitu, Malaysia LNG Sdn Bhd telah dibina di Bintulu. Ia menjadi pengalak kepada pembangunan lain-lain sektor yang diperlukan.
Pelabuhan Bintulu di bandar Tanjung Kidurong turut dibina dan berkembang maju. Tanjung Kidurong dahulunya ialah sebuah hutan rimba yang terkenal sebagai tempat perburuan rusa. Pelabuhan ini bersebelahan dengan loji MLNG. Lembaga Pelabuhan Bintulu ditubuhkan pada 1981 bagi melicinkan pembinaan pelabuhan serta bertanggungjawab dalam pengendalian dan penjagaan pelabuhan. Semua kontrak pembinaan utama telah disiapkan mengikut jadual dengan memakan kos berjumlah RM600 juta.
Terdapat juga kilang Asean Bintulu Fertilizer yang membekalkan baja urea dan lain-lain kepada petani-petani di Malaysia dan juga di negara-negara ASEAN.
Kampus Universiti Pertanian Malaysia turut dibina. Kini ia dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia. UPM Kampus Bintulu ini bukanlah suatu nama baru sebagai destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Kampus ini diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu meningkatkan keupayaan UPM sebagai pusat pengajian dan perkhidmatan pertanian serta biosumber terkemuka di peringkat antarabangsa.
Pada masa kini, terdapat lebih daripada 8 buah sekolah menengah dan 50 buah sekolah rendah di Bintulu. Di antara sekolah-sekolah menengah tersebut, SMK Bintulu merupakan sekolah tertua dan terbesar dan dapat menampung pelajar-pelajar dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam. Ia merupakan salah sebuah sekolah yang menunjukkan prestasi yang terbaik di Sarawak dalam peperiksaan-peperiksaan umum.
bandaraya Bintulu turut mempunyai sebyah lapangan terbang bertaraf antarabangsa, iaitu lapangan Terbang Bintulu yang terletak 23 kilometer dari pusat bandar. Lapangan terbang baru ini mempunyai landasan sepanjang 2600 meter yang mampu menerima Airbus A330 mendarat. Lapangan terbang ini turut mengendalikan penerbangan ke beberapa destinasi luar negara seperti Singapura, Kuala Lumpur, Hong Kong, Manila, Bangkok dan Jakarta dapat dilakukan dengan adanya Lapangan Terbang baru ini.
bandaraya Bintulu juga mempunyai kemudahan sukan dan rekreasi yang baik. Bintulu mempunyai lebih daripada 40 gelanggang badminton, 32 gelanggang tenis, 8 buah gelanggang skuash, 16 buah gelanggang bola keranjang, 25 buah gelanggang sepak takraw, 14 buah padang bola sepak, 4 buah gelanggang bola tampar dan 3 buah padang hoki.
Selain daripada kemudahan-kemudahan tersebut, Bintulu juga mempunyai 3 buah kolam renang awam termasuklah kolam renang Lembaga Kemajuan Bintulu berdekatan Dewan Suarah, sebuah stadium tertutup dan stadium terbuka yang terletak di Jalan Tanjung Kidurong.
Padang Golf 18-lubang di Bintulu bukan sahaja sebuah padang golf yang mencabar bahkan mempunyai pemandangan yang menarik di sini. Padang Golf ini dikendalikan oleh Kelab Golf Bintulu yang mempunyai bangunan sendiri di situ sebagai pusat operasinya.
Kebanyakan pelancong akan singgah di Bintulu sebelum berkunjung ke Taman Negara Niah atau Taman Negara Similajau.

Tempat-tempat menarik

  • Kampung Jepak
  • Tugu Dewan Undangan Negeri
  • Pasar Utama Bintulu & Tamu Bintulu
  • Pasar Malam
  • Masjid Assyakirin
  • Tokong Kuan Yin Tong
  • Pantai Tanjung Batu
  • Taman Tumbina
  • Padang Golf
  • Taman Negara Similajau
  • Pantai Tanjung Kidurong
  • Parkcity Mall
  • Millenium Park (Fasa 1)
  • Bintulu Waterfront Promenade
  • Farley
  • Li Hua Hotel
  • Casablanca

Sejarah Kapit

KAPIT

Bahagian Kapit (dahulunya dikenali juga sebagai bahagian Ketujuh) meliputi kawasan pedalaman selepas bahagian Sibu. Luas kawasannya adalah 38,934 km persegi. Kawasan pentadbiran bahagian Kapit merangkumi daerah Kapit, Belaga dan Song. Ketiga-tiga daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit. Jumlah penduduk di bawah pentadbiran majlis daerah ini berdasarkan banci tahun 2000 adalah 98,841 orang. Jumlah penduduk untuk daerah Kapit sahaja berjumlah 56,709 orang.
Majoriti penduduk Kapit terdiri daripada kaum Iban diikuti kaum Cina dan Melayu. Kapit amat terkenal dengan hasil buah dabai dan durian. Bandar Kapit terletak di tepi sungai Rejang. Ia boleh dihubungi melalui sungai menggunakan perkhidmatan bot ekspres. Bandar Kapit terletak di tengah-tengah antara pekan Song dan Belaga.
Rajah Charles Brooke telah mengasaskan Kubu Kapit (Fort Kapit) pada tahun 1880 sebagai bandar garrison, ia bertujuan untuk menyekat masyarakat Iban dari berpindah ke seberang sungai dan seterusnya menyerang penempatan perkampungan Orang Ulu. Kemudian kubu tersebut dinamai semula sebagai Kubu Sylvia atau (Fort Sylvia), sempena mengambil nama isteri Rajah Vyner Brooke, tetapi bandar tersebut mengekalkan namanya sebagai Kapit. Awalnya, bandar Kapit diselesaikan oleh kumpulan etnik kecil Cina Hoklo (Hokkien) pada tahun 1880, tambahan suku kaum Cina Ka telah berimigrasi kebandar tersebut pada tahun 1906, dan Cina Fuzhou pada tahun 1919. Masyarakat Cina mula berkecimpung dalam aktiviti pertanian berteraskan getah, lada hitam dan melaksanakan aktiviti perdagangan lembaran getah dan barangan hasil hutan. Dalam tahun 1941, ketika waktuPenjajahan Jepun, Kapit hanya mempunyai dua deretan bangunan teres yang menempatkan 37 buah rumah kedai. Bandar Kapit pernah dihancurkan kesemuanya ketika peperangan akibat dari ledakan bom berantai yang dijatuhkan ke atas bandar tersebut. namun pada hari ini, Kabit merupakan semua bandar yang sibuk tetapi keadaannya sangat padat dengan beberapa jalan yang sejajar dengan sungai.
Meskipun untuk pergi ke bandar tersebut hanya boleh dicapai dengan perahu ataupun bot-bot kecil, (perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Sibu dengan menggunakan bot-bot ekspres) atau dengan menggunakan pesawat ringan, itu adalah suatu kehidupan komersil dan terdapatnya pusat sosial di tengah-tengah Sungai Rajang ke rumah panjang masyarakat dan kem kayu. Ini adalah dasar yang sangat baik untuk menerokai rumah-rumah panjang berdekatan atau untuk menetapkan perjalanan ke Hulu Rajang dan Sungai Balleh.


KUBU SYLVIA

Untuk menghalang perpindahan lanjut orang Iban ke hilir lembah sungai Rajang, yang telah menimbulkan pertelingkahan dengan Orang Ulu, Raja Charles Brooke membina Kubu Baleh di Nanga Balleh, perjumpaan sungai Rejang dan Baleh antara Kanowit dan Song pada akhir 1874. Raja Charles Brooke hampir lemas di sini pada tahun 1877 apabila botnya terbalik dalam arus deras. Dia meninggalkan kubu ini pada tahun 1878, dan menggantikannya dengan kubu baru yang terletak lebih di hilir sungai pada tahun 1880. Kubu Kapit yang baru dibina sepenuhnya daripada balak pokok ‘belian’ dengan dinding yang tebal bagi menahan serangan.
Pada 16 November 1924, satu upacara keamanan antara orang Iban, Kayan, Kenyah dan Kajang diadakan di sini dengan kehadiran Raja Charles Brooke. Pada tahun 1925, Kubu Kapit dinamakan semula sebagai Kubu Sylvia sempena Rani Sylvia Brooke (Maharani). Ketika 1960-an, kubu ini menempatkan Pegawai Daerah dan Bangunan Mahkamah Daerah, dan kemudiannya Pejabat Residen selepas pembentukan Bahagian Kapit pada tahun 1973.
Pada May 1997, kubu ini diistiharkan sebagai tapak sejarah dan kini dikendalikan oleh Yayasan Tun Jugah sebagai sebuah muzium. Ia memaparkan himpunan seni etnik dan kerja tangan dan dokumen berkait dengan sejarah Kapit, tembikar warisan, meriam gangsa, plak tembaga dan gambar pemimpin masyarakat lalu.

Sejarah Miri

Miri wujud disebabkan kemunculan industri minyak dangas asli yang pertama dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada di bandar Miri. Semenjak itu, Daerah Miri terus pesat membangun hinggalah ke hari ini. Miri mendapat namanya daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri padaabad ke-16. Orang-orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak di bandar ini secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama Miri kekal hingga ke hari ini.

Miri-sarawak.JPG

Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei Darussalam. Keluasan bandaraya Miri ialah 977.43 km persegi. Ia mempunyai kira-kira 250 ribu orang penduduk terdiri daripada kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, India, Kayan, Kenyah, Kelabit, Penan, Bidayuh Kedayan dan lain-lain lagi.

Setelah diiktiraf sebagai bandaraya pada Mei 2005 lalu, bandar Miri semakin pesat membangun dan kini lebih dikenali sebagai bandaraya peranginan kerana ia mempunyai tempat-tempat pelancongan yang menarik. Hal ini menjadikan Miri sebagai salah satu tumpuan pelancong dari serata dunia untuk melihat sendiri keindahannya. Mencari gali minyak masih diteruskan tetapi lebih tertumpu di persisiran pantai Miri.
Antara tempat yang menarik di Miri ialah Taman Negara Lambir, Taman Negara Niah, Taman Negara Mulu dan Taman Buaya

Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak


Universiti Teknologi Curtin, Kampus Sarawak (ataupun nama asalnya dalam Bahasa Inggeris, Curtin University of Technology, Sarawak Campus) adalah kampus cawangan yang pertama ditubuhkan oleh Curtin University of Technology, Western Australia di luar negaraAustralia. Kampus ini dibuka pada tahun 1999 secara kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Kampus ini dibina di tapak berkeluasan 4,000 ekar, dengan sebuah tasik buatan manusia yang besar. Kampus ini telah menjadi tempat pengajian tinggi untuk pelajar tempatan dan antarabangsa.

WHITE RAJAH OF SARAWAK


It also remained as the private domain of the British Brookes family. The first white Rajah of Sarawak was the 19th Century adventurer, Sir James Brooke. He had been appointed Rajah of a large area of Sarawak in 1841, by the Sultan of Brunei, then the overlord, as a reward for his services in putting down Chinese pirates and rebel tribesmen. Brooke rule was, by local standards, efficient and during the years he and his heirs extended their control over Brunei territory, under the excuse that the Sultan’s rule was ineffective or oppressive. In 1864 the British government recognised Sarawak as an independent domain after the USA had done so in 1850, and in 1888 an agreement with the British placed it under British protection, although the Brooke family retained control over all domestic affairs. The first Rajah had been emasculated by a bullet during fighting in Burma and had no children. Thus, to the accompaniment of great family vows, he chose his sister’s son Charles Johnson, as his heir, and Charles added the surname Brooke to his own name. Charles Johnson Brooke reigned from 1868 to his death in 1917 at the age of 87. He was a pompous chilly man with the most startling face. For years, following the loss of his eye in an accident, he lived with one empty socket. Then, during a visit to London he stopped on impulse at a taxidermist’s and bought an eye intended for a stuffed albatross. Wearing this in his empty eye socket, gave Brooke a wild look.

Charles
Johnson
Brooke
In Sarawak he inaugurated a water-works and a wireless transmitter. He believed that it was his duty to shelter the head-hunting Dayak tribesmen from the realities of the world and would not allow their primitive lives to be changed by commercial developments or consumer goods from the West.
The old autocrat had three sons who were so shy of women that, at one point, they looked like becoming permanent bachelors. Then their mother, the Ranee, (she was estranged from her husband and lived in England) recruited an orchestra consisting entirely of eligible young women, and had it perform before her sons.
The choice of the eldest, Vyner, fell on the drummer, Sylvia Brett, daughter of Viscount Esher, and as a token of his love, he sent her a silver model of her drum. Vyner was so shy he bought a book of jokes on their honeymoon and read from it rather than make conversation.
Once installed as Rajah, Vyner proved to be a conscientious ruler. He worked to suppress slavery and head-hunting and sat as a judge in his own court. He mixed with tribal chiefs, drank their potent liquor and got to know them well. Some of his more primitive subjects, such as the Dayaks and Kayans, believed that he had an interview with God every day: they asked him whether God was clean-shaven or wore a beard.
His personal habits were also somewhat eccentric: he would stroll around the garden of his riverside palace accompanied by pet monkeys and occasionally, a pet boa constrictor or porcupine.
Sarawak made headlines in the British Press in the 1930’s when Rajah Vyner’s three daughters entered British society. The newspapers dubbed them incorrectly “the three princesses,” eagerly chronicled their doings. They even inspired a popular song, “My Sarawak.” One married an all-in wrestler: another the bandleader, Harry Roy.
Back in Sarawak, Vyner took on an official named Gerald McBryan who had the most grandiose ambitions. He became a Muslim, went on a pilgrimage to Mecca, and dreamed of creating a united Muslim empire extending from Morocco to the Philippines, with himself as ruler in Sarawak. However, McBryan went clinically insane and the last great event of Brooke rule was the introduction of a constitution, with a representative assembly. This was Vyner Brooks gift to his people in 1941 after a century of family rule.



http://myweb.tiscali.co.uk/kenanderson/histempsequel/page19.html

Sejarah Kuching

Terdapat kemungkinann bahawa peneroka awal kuching adalah terdiri dari masyarakat Melayu yang tinggal di sepanjang kawasan pantai di santubong yang kemudian berpindah ke kuching. Sebelum kedatangan James Brooke, Sarawak yang pada awalmya dikenali sebagai Kuching telah di perintah oleh Sultan Brunei.

Sultan Tengah adalah Sultan terakhir Sarawak yang makamnya terdapat di kampong Santubong. (Kaum Bidayuh pula di katakana berasal dari Gunung Opar di Bung Bratak. Kajian arkeologi telah menunjukkan terdapat bijirin beras dalam kandungan tanah di gunung yang menandakan terdpapatnya kegiatan bercucuk tanam oleh penduduk tempatan beberapa ratusan tahun dahulu. Terdapat beberapa puak masyarakat Bidayuh seperti Bidayuh Jagoi dan Bidayuh Selako yang mempunyai bahasa pertuturan yang berbeza.)

Sarawak, dari abad ke-15 telah emnjadi negeri jajahan kesultanan Brunei sehingga ditemuit pada tahun 1820. Pada awal abad ke-19, ketika sultan Omar Ali Saif-Udin menaiki takhta, baginda menghantar Pengiran Mahkota ke Kuching untuk memerintah Sarawak. Dalam tahun 1836, penduduk Melayu tempatan dan kaum Dayak Darat dari Sungai Sarawak mencetuskan revolusi dan mengisthiharkan kemerdekaan mereka daripada Sultan Brunei. Sultan Brunei kemudian menghantar ayah saudaranya Raja Muda Hashum, Bendahara Brunei untuk menumpaskan perbenrontakan tersebut tanpa emyinkirkan Pengiran Mahkota daripada perlantikannya. Kedaan ini mengakibatkan kekeliruan kuasa dan peperangan di antara Mahkota dengan kalangan pemberontak yang diketuai oleh pemimpin Sarawak, iaitu Datu Patinggi Ali.

Ketika kemuncak pergolakan itu, seorang pegembara Inggeris, iaitu james Brooke tiba di Kuching pada bulan Ogos 1839. Pada masa itu, Sarawak adalah sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Datu Patinggi Ali mengetuai pemberontakan menentang pemerintahan Pengiran Mahkota di Sarawak. Selain itu, terdapat juga ancaman lanun di persisiran pantai Sarawak dan perbalahan pelbagai puak. Raja Muda Hashim tidak mampu mengawal keadaan dan lantas memohon bantuan daripada James Brooke semasa lawatan kali keduanya ke Kuching dalam tahun1840. Disebabkan kejayaan James Brooke meyelesaikan perbalahan di antara puak yang bersengketa dan tumpas nya ancaman lanun, beliau telah ditabalkan oleh Kesultanan Brunei menjadi Rajah bagi wilayah Tanjung Datu sehingga Sungai Samarahan dalam tahun 1846. Wilayah itu kini dikenali sebagai Bahagian Kuching.



Facebook|Sejarah Sarawak 

Sejarah Negeri Sarawak

Sejarah purba

Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh manusia.Ia berlaku kira-kira 40000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.

Kurun-10 hingga kurun 19

Sarawak dikatakan berada di bawah kekuasaan kerajaan Srivijaya pada kurun-10 hingga kurun-13. Penguasaan kerajaan Srivijaya ke atas wilayah pesisiran Sarawak telah membolehkan orang-orang Melayu dari Sumatera berhijrah dan menetap di kawasan pesisiran Sarawak. Orang Melayu telah membuka penempatan mereka di Santubong yang merupakan antara pelabuhan entrepot terpenting di Nusantara. Ini telah dibuktikan dengan dengan penemuan bahan artifak seperti pasu zaman dinasti Han

Cina di Santubong.

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Seorang putera Raja Majapahit iaitu Raden Menteri Dipati Jepang atau Datu Merpati Jepang telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-15. Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum berhijrah ke Sarawak. Daripada keturunan Datu Merpati Jepang, muncullah golongan bangsawan Melayu Sarawak yang bergelar Abang. Golongan Melayu perabangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi, Datu Temenggong, Datu Bentara pada zaman pemerintahan Brooke di Sarawak.

Penglibatan Inggeris

Apa yang diketahui secara pasti, Sarawak terletak di bawah penguasaan Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.

Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara tidak rapi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19. Kemudian pada 1839, James Brooke datang untuk menghantar surat pada Gabenor Sarawak, Rajah Muda Hasyim. Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau. Pejuangan Dayak menentang penjajah Brunei terbukti hebat manakala James Brooke yang mempunyai angkatan perang yang lengkap dan beberapa kali cuba menenangkan pejuang Dayak. Sebagai balasan, James Brooke dilantik menjadi gabenor Sarawak pada 24 September 1841, dan seterusnya Rajah pada 18 Ogos tahun berikutnya.

Pada asalnya, wilayah ini cuma merupakan hujung barat Sarawak yang kemudian, yakni kawasan di sekitar Kuching. Sewaktu kematiannya pada 1868, anak saudara Charles Anthony Johnson Brooke menjadi Raja. Beliau pula diwaris oleh anakandanya, Charles Vyner Brooke.

Wilayah Brooke diperluaskan dengan pantas di bawah ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya melalui penjejasan kawasan yang pada nama sahaja di bawah kawalan Brunei. Sebenarnya, Brunei cuma mengawal kubu-kubu sungai dan pantai di kebanyakan wilayah yang telah lenyap. Oleh sebab itu, kebanyakan keuntungan yang dicapai adalah melalui penjejasan pembesar Islam dan puak tempatan yang hilang kemerdekaan de factonya.

Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih” ("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa dengan raja-raja India dalam Empayar British.

Berbanding dengan banyak kawasan empayar yang lain, keluarga Brooke bermaksud pengamalan dasar paternalisme untuk melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi oleh empayar Brunei dan pendatang asing. Mereka memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi kelas perdagangan Cina.

Sejarah moden

Jepun menyerang Sarawak pada 1941 dan menguasainya sepanjang Perang Dunia II Sarawak pada masa kekalahan Jepun, 1945 ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. [1]

Anti- Cession Sarawak (The Straits Times, 31 August 1950, Page 5) dlm National Library Singapore.


http://newspapers.nl.sg/Digitised/Article/straitstimes19500831.2.64.aspx


http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendera_Sarawak

Facebook|Sejarah Sarawak